ANGGUR
Bulan Puasa. Tidak boleh makan. Minum.
Moplantai ke Alamanda. Bukan. Bukan mahu tonton aksi Mawi. Tapi Moplantai menemani Suri membeli barang dapur. Moplantai melangut sambil memegang Si Cilik. Biarlah Suri yang memilih-milih barang. Seperti semut sedang mengerumuni selonggok gula, Moplantai terpandang sekumpulan manusia mengerumuni satu sudut. Moplantai jenguk-jenguk. Oh! Anggur segar dengan harga murah! Suri pun tidak ketinggalan.
Dalam kepala sudah terfikir. Ini mungkin satu trick!
Bulan Puasa. Semasa berbuka.
Arghhh! Masam! Masam angur-anggur yang Suri beli.
Semut-semut telah tertipu! Ironinya, Moplantai ada satu idea. Lain kali kalau mahu beli anggur pada bulan puasa. Moplantai akan guna trick juga! [Baca: Hei! Jangan pulak kau yang rasa!] Ambil sebiji sua ke mulut Si Cilik. Budak kecil tak pandai menipu. Kalau berkerut mukanya, maka masamlah jawabnya! Kalau tiada Si Cilik? Alahai senang saja. Minta tolong sahabat kita yang tidak berpuasa. Ada India. Ada Cina. Integrasi kaumkan? Minta mereka tolong rasakan. Takkan mereka mahu menipu sama. Sama-sama konsumer!
Moplantai - Sepandai-pandai Carefour, Pandai lagi Moplantai tau!

+ Kembali ke mopLantai.com