SEDUT HIDUNG
Si cilik demam, batuk dan selsema. Sejak Jumaat. Sudah beberapa malam Moplantai dan Suri tidak tidur nyenyak. Si Cilik merengek. Badan panas. Hidungnya tersumbat. Tidak selesa. Ubat sudah disuap. Disapu. Bagai! Akhirnya
Sekitar jam 4 pagi tadi Moplantai nekad menjadi peserta "Fear Factor". Penontonnya Suri seorang. Si Cilik bakal jadi mangsa Moplantai. Moplantai sedut hidung Si Cilik dengan mulut. Keluarkan segala lendir dan mukus yang menghalang laluan oksigennya. Segala macam rasa ada. Tapi, demi si Cilik yang terseksa menyedut oksigen, apa jua perasaan perlu ditolak ke tepi. Suri pula ter"uwek" "uwek" melihat aksi Moplantai. Hahahaha!
Moplantai - Si Cilik Tidur nyenyak selepas itu!

+ Kembali ke mopLantai.com