SI CILIK
Si Putera Cilik sudah masuk sembilan bulan. Mulut semakin bising. Entah apa yang dingomelnya pun Moplantai tidak tahu. Dia juga sudah boleh merangkak. Semua pelusuk rumah di jelajahi. Bawah meja. Bawah kerusi. Habis kazari mono (barang-barang perhiasan) Moplantai diusiknya. Moplantai tidak mahu tegah. Biarkan dia dengan semangat ingin tahunya. Cuma kadangkala kalau sudah terlalu teruk dikerjakan benda-benda nostalgia hadiah dari Bumi Sakura itu, Moplantai akan cuba menegahnya. Kalau pecah bukan setakat hilang memori itu, tetapi membahayakan diri dia sendiri. Luka dek serpihan tembikar itu memang menakutkan.
Dia juga sensitif. Tegah kena dengan cara baik. Kalau marah-marah dia merajuk. Kecil-kecil sudah merajuk. Alahai anakanda. Betapa syukurnya. Barulah tahu, bagaimana seronoknya punya anak kecil. Pulang dari pejabat, ada senyum, tawa dan tangisnya menanti. Suri? EH, jadi macam nombor dua pula! Hahahahahahahahaha!
Moplantai - gurau sahaja Suri, Dinda tetap nombor satu!

+ Kembali ke mopLantai.com