BERJALAN BERLARI BERJALAN
Dulu saya merangkak. Kemudian saya berjalan. Berlari.
Selepas itu saya ambil keputusan berehat. Tapi tak lama.
Kemudian, saya mulakan dengan merangkak kembali.
Kemudian saya teruskan dengan perjalanan panjang.
Sehinggalah saya ambil keputusan berhenti berjalan.
Saya kini mulakan langkah larian kembali di sini
Selepas itu saya ambil keputusan berehat. Tapi tak lama.
Kemudian, saya mulakan dengan merangkak kembali.
Kemudian saya teruskan dengan perjalanan panjang.
Sehinggalah saya ambil keputusan berhenti berjalan.
Saya kini mulakan langkah larian kembali di sini
Esoknya bikin lagi panas. Geng 5 jahanam telah berjaya merompak wang yang dikutip di mesin ATM di salah sebuah bank dalam universiti berkenaan. Moplantai baca berita ini macam ada hubung kait. Kalau akhbar tabloid tersebut tidak heboh-heboh, tiadanya perkara itu terdedah kepada umum. Akhirnya, manusia berhati jahat mengambil kata sepakat menjalankan kegiatan jahat di situ.
Moplantai sebenarnya geram dengan akhbar ini. Dek penangan berita panas yang dibuat untuk melariskan akhbar ini, Moplantai tak semena-mena dilantik menjadi setiausaha satu jk penyiasatan dalaman satu kes yang dilaporkan akhbar berkenaan, yang melibatkan jabatan Moplantai. Puas menyiasat, sampai ke sumber pihak berkuasa kami menyelongkar, akhirnya sahih berita tersebut hanyalah khabar angin sahaja.
Moplantai - Penat menyiasat!
Moplantai - memang patut telefon bimbit prabayar kena register nama!
Moplantai nakal hantar sms kawan-kawan di Utara, Barat dan Selatan.
Moplantai: Pesta singkap kain tunjuk betis sudah bermula di Pantai Timur. Anak dara tunjuk betis melepak putih harung bah. Teruna gembira, lelaki-kosong-tiga jeling sahaja. Isteri sudah sedia cubitan bisa!
Kawan Utara: Oit! Oit! Ambik gambar betis! err..maksud aku gambar banjir!
Kawan Barat: Kau jgn banyak sgt main air dalam rumah. Nanti lecak! Ha! Ha!
Kawan Selatan: Jange jadi statistik abe wei. Jangan main air abe wei. Main mate tak ghapo. Ha ha ha!
Aku tertunggu-tunggu. Beku!
Moplantai - geram! grrrr....
Dia juga sensitif. Tegah kena dengan cara baik. Kalau marah-marah dia merajuk. Kecil-kecil sudah merajuk. Alahai anakanda. Betapa syukurnya. Barulah tahu, bagaimana seronoknya punya anak kecil. Pulang dari pejabat, ada senyum, tawa dan tangisnya menanti. Suri? EH, jadi macam nombor dua pula! Hahahahahahahahaha!
Moplantai - gurau sahaja Suri, Dinda tetap nombor satu!
Ada sahabat mengirimkan ole-ole dari Bumi Kenyalang.
Terima Kasih ya. Ia menjadi azimat persahabatan kita.